SEJARAH


ejarah penubuhan Makmal  Komputer SK Tunku Mahmood 2 ini bermula dengan penubuhan bilik Komputer yang telah ditubuhkan pada tahun 1992. Dunia teknologi semakin pesat membangun seiring dengan itu SKTM2 telah memohon untuk pembinaan Makmal Komputer.
      Peruntukan sebuah Makmal Komputer 2 tingkat telah diluluskan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis pecah tanah telah diadakan pada 12 Febuari 2003. Namun pembinaanya tertangguh diatas beberapa sebab yang tidak dapat dielakan.
      Setelah lebih kurang 2 tahun pembinaan Makmal ini tertangguh ia kembali dibagunkan dengan rancaknya dan siap dibina beserta dengan kelengkapannya iaitu sebanyak 40 buah Komputer murid , 2 buah Komputer guru, 2 set pemancar dan rangkaian kawasan setempat(LAN)  pada tahun 2006 dan telah dirasmikan oleh Tuan Hj Jamian B Jaffar Timbalan Pengarah Pelajaran Johor pada 16 November 2006.

No comments: