ASAS KOMPUTER
Asslmualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..haha!diharapkan semua sihat2 sentiasa.
blog ini disediakan kepada mereka yang mungkin ingn berjinak2 di dalam dunia perkomputeran dan diharapkan blog ini dapat membantu para pembaca sekalian agar faham tentang komputer. pengetahuan perlu diperbanyakkan lagi selain daripada mengetahui bagaimana menggunkan microsoft word atau power point atau internet dan sebagainya..pasyinya anda tahu apa itu komputer bukan?
untuk pengetahuan anda,komputer terbahagi kepada dua jenis:,iaitu
1-komputer khusus
adalah alat elektronik yang mana hanya membaca 1 arahan sahaja yang melaksanakan 1 fungsi sahaja.contohnya seperti pemasak air elektronik,bila kita tekan button on,ia akan berfungsi..
2-komputer umum
komputer umum pula boleh menyimpan berbagai aturcara dan juga boleh melaksanakan aturcara tersebut.komputer umum terbahagi kepada
minikomputer
mikrokomputer
superkomputer
kerangka utama
dalam menggunakan komputer ,perlulah ada perkakasan dan juga perisian,kedua2nya saling memerlukan,jika kita beli sebuah komputer tanpa ada perisian,maka komputer tidak dapat berfungsi sepenuhnya.
perhatian!didalam topik ini,hanya membincangkan tentang komputer umum sahaja
Perkakasan
adalah alat elektronik yang kita boleh nampak dan kita boleh sentuh yang digunakan untuk komputer.perkakasa/peranti terbahagi kepada 5.iaitu
1-Peranti masukan
berfungsi untuk:
berkomunikasi dengan komputer dalam proses kemasukan data dan aturcara-contohnya penggunaan keyboard dapat membantu pengguna memasukkan huruf-huruf dan nombor serta simbol...
memberi suruhan kepada komputer-contohnya penggunaan mouse yang dapat membantu menyuruh komputer melaksanakan sesuatu arahan.contoh arahan 'save'..bila klik,komputer akan membuat operasi save tersebut.
menerima maklumat dan tukarkannya kepada kod digital-contohnya penggunaan scanner,akan membantu menukar gambar dalam bentuk digital.
keyboardtetikuspengimbas/scanner
2-Peranti Keluaran
peranti yang mengeluarkan output daripada operasi yang dihasilkan oleh komputer dan dikeluarkan dalam bentuk softcopy ataupun hardcopy.softcopy adalah output yang dipaparkan hanya di skrin sahaja.manakala hardcopy adalah output yang dipaparkan selain daripada skrin,contohnya kertas dan sebagainya.
LCDprinter pemplot
3-Ingatan utama
ingatan yang diperlukan dalam operasi pemprosesan data.dikenali sebagai ingatan kerja dan ingatan dalaman..contoh:RAM ROM,
Ram adalah ingatan sementara yang akan menyimpan data untuk diproses dan apabila komputer mati,data akan hilang.contohnya,apabila kita melarikan perisian power point dan apabila komputer tiba2 mati,power point akan hilang dan segala kerja yang tak di save juga akan hilang bila dihidupkan semula..
Rom menyimpan data dan arahan sistem secara tetap sejak dikilangkan lagi.Ia tidak boleh diubah oleh pengguna.terdapat banyak jenis iaitu PROM, EEROM, EPROM, EAROM dam EEPROM.
ROMRAM
4-Ingatan bantu
ingatan bantu adalah ingatan yang menyimpan maklumat secara kekal,contohnya seperti cakera keras,pendrive,disket,cd dan sebagainya.
cakera keraspendrivecd
5-Unit pemprosesan(cpu).
unit pemprosesan pusat berfungsi untuk
mengawal penggunaan ingatan komputer-RAM sebagai ingatan sementara akan dikawal penggunaannya,berapakah ruang storan yang diperlukan untuk menempatkan data yang hendak diproses.
mengawal jujukan pengendalian
melaksanakan pemprosesan
memberi arahan kepada semua bahagian komputer
cpu terbahagi kepada 2 iaitu unit kawalan dan juga unit arithmetik logik(ALU).
unit kawalan berfungsi untuk mencapai suruhan daripada ingatan dan kemudiannya mentafsir suruhan tersebut,kemudian mengarahkan ALU untuk melaksanakan operasi tersebut dan sambil itu ia mengaktifkan input dan output
unit arithmetik logik pula berfungsi untuk melakukan arahan arithmetic dan juga melakukan fungsi logik.hasil pelaksanaan tersebut akan disimpan kedalam daftar dan seterusnya unit kawalan akan hantar ia ke ingatan utama.
CPU
Perisian
perisian pula merupakan progam atau aturcara komputer yang dibangunkan oleh juruaturcara yang pakar.perisian adalah perantara komunikasi diantara pengguna dan juga perkakasan.perisian yang biasa ditemui dipasaran terbahagi kepada 3 iaitu:
perisian sistem pengoperasian-iaitu perisian yang menguruskan,mentadbir,menjadual proses secara terancang.contohnya seperti linux,microsoft dan sebagainya
perisian aplikasi-iaitu perisian yang yang digunakan untuk membantu para pengguna untuk menyelesaikan perkara harian mereka..contohnya seperti microsoft word,power point,adobe photoshop dan sbgnya..
perisian utiliti-iaitu perisian yang membantu dalam menguruskan sistem komputer agar menjadi lebih terurus dan mudah digunakan.contohnya seperti tune-up,antivirus,windoctor dan sebagainya
No comments:
Post a Comment